.

Thursday 15 October 2015

Bell's Palsy.... Punca, Simptom Dan Kaedah Rawatan Yang Sesuai....



Bell's Palsy.... Punca, Simptom Dan Kaedah Rawatan Yang Sesuai....




Apa itu Bell's Palsy?

Menurut Dr. Loganathan, Bell's Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, stroke dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia di panggil Bell's Palsy.


Simptom Bell's Palsy

Menurut Dr Loganathan lagi, Bell's Palsy di kenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum di serang Bell's Palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan kelainan pada lidah.




Simptom biasa yang di alami adalah seperti;-

1. Kelemahan secara tiba-tiba atau lumpuh pada sebelah muka anda menyebabkan ia terasa berat

2. Meleleh air liur

3. Kehilangan keupayaan rasa

4. Sakit dalam atau di belakang telinga anda

5. Kebas pada sisi yang terjejas wajah anda

6. Kepekaan meningkat kepada bunyi

Bagaimana Bell's Palsy di kesan?

Doktor boleh mendiagnosis Bell's Palsy dengan menanyakan soalan kepada anda seperti bagaimana perkembangan simptom-simptom yang anda alami. Dia juga akan membuat pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk memeriksa fungsi saraf muka.

Jika punca gejala tidak jelas, anda mungkin perlu melakukan ujian lain sperti ujian darah, MRI atau imbasan CT.

Kaedah rawatan

Doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan iaitu steroid (kortikosteriod) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama 2 minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan perubahan.

Pembedahan  pula boleh di lakukan sekiranya masalah Bell's Palsy ini berlanjutan. Ini adalah untuk memperbetulkan saraf muka. 

Tetapi ada rawatan alternatif terkini yang boleh membantu masalah Bell's Palsy ini. Rawatan tersebut adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti Vivix Shaklee.

Vivix dapat membantu merawat pesakit-pesakit kronik. 

Bell's Palsy.... Punca, Simptom Dan Kaedah Rawatan Yang Sesuai....



Bell's Palsy.... Punca, Simptom Dan Kaedah Rawatan Yang Sesuai....



Testimoni Pesakit Bell's Palsy yang mengamalkan vivix!

Bell's Palsy.... Punca, Simptom Dan Kaedah Rawatan Yang Sesuai....


Alhamdulillah syukur adanya rawatan alternatif yang boleh kita ambil selain dari dadah (streroid). Ini kerana seperti yang kita maklum, dadah amatlah memberi kesan kepada badan untuk jangkamasa panjang.



 Rujukan:   webmd

                              Utusan Malaysia



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 


HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 


Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 9 October 2015

Apa Itu Meroyan? Bagaimana Cara Mencegah Dan Mengatasinya?



Apa Itu Meroyan? Bagaimana Cara Mencegah Dan Mengatasinya?



Meroyan mengikut istilah psikologinya ialah, psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar negara, penyakit ini menyerang kurang dari 1.5 daripada setiap 1000 kelahiran.

Mengikut istilah perubatan pula ia di kenali dengan postnatal depression, yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi ( kejiwaan) yang dihidapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

Keadaan ini berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan anak. Dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang lain juga. Keadaan ini berbahaya sekiranya dia di biarkan menjaga bayinya sendiri.

Simptom atau tanda-tanda meroyan

* perasaan putus asa
* bersalah
* amat letih
* muram
* sering menangis
* sunyi
* gelisah
* terperangkap

Namun begitu, simptom ini berbeza bagi setiap individu. Tidak semuanya sama.

Punca atau penyebab meroyan

Ia tidak diketahui dengan tepat. Ia mungkin disebabkan oleh reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan wanita. Adakalanya perkara harian yang biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan yang lebih sukar untuk diatasi seperti:-

1) kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan
2) suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
3) masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda
4) kelahiran yang rumit atau masalah kesihatan yang menyusul selepas itu
5) mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
6) mendapati sukar untuk menyusu badan
7) ingatan-ingatan sedih yang melanda seperti kematian salah seorang dari ibu bapa anda semasa anda masih kecil

Cara menangani meroyan

* Sesuaikan diri
- Sentiasa bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Jadikan tanggungjawab itu sebagai suatu perkara yang menyeronokkan.

* Rehatkan diri
- Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi atau mandi. 

* Tidur
- Curilah masa untuk tidur ketika bayi anda tidur di siang hari. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula masa tidur yang terganggu di waktu malam. Pastikan ibu mendapat tidur yang cukup

* Dapatkan sokongan emosi dari ahli keluarga terdekat terutamanya suami. Sentiasa memanjatkan doa kepada Allah. Pujuk dan bimbing isteri selalu. 

* Ambil makanan seimbang 

* Lakukan senaman ringan

* Ambil makanan tambahan seperti b complex , ostematrix dan omega guard




Apa Itu Meroyan? Bagaimana Cara Mencegah Dan Mengatasinya?

Pengambilan vitamin ini dapat membantu ibu melegakan stress, memudahkan tidur, menenangkan perasaan.


Sentiasa dekatkan diri dengan Allah melalui zikir-zikir. In shaa Allah masalah meroyan ini dapat di elak. Wallahualam




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 

WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 7 October 2015

Perlukah Berbengkung Ketika Berpantang? Apa kebaikannya?


Berbengkung merupakan amalan ibu-ibu ketika di dalam proses berpantang selepas melahirkan anak. Ia biasanya di amalkan di dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi.

Amalan ini mempunyai banyak kebaikannya. Bukan sahaja kepada si ibu malah kepada bayi yang baru di lahirkan. Ini kerana banyak tenaga yang digunakan ketika proses bersalin. Oleh itu si ibu memerlukan sokongan dari segi fizikal dan emosi untuk membantu mereka pulih seperti sediakala.

Bengkung ini seeloknya di pakai seawal tempoh berpantang. Biasanya bermula dari hari kedua atau ketiga berpantang bagi yang bersalin secara normal dan seawal dua minggu selepas bersalin bagi yang bersalin secara pembedahan.

Pengalaman saya pula, saya berbengkung seawal hari kedua. Memang rasa sangat selesa badan yang diikat kemas. Ini adalah untuk mengembalikan semula bentuk tubuh badan kita kepada keadaan asalnya.

Kebaikan berbengkung

* Untuk mengempiskan perut
* Untuk mengembalikan potongan badan ke bentuk asal
* Melindungi organ dalaman
* Mengetatkan perut dan otot-otot dalaman yang longgar semasa hamil dan ketika bersalin
* Memecahkan lemak dan selulit
* Mengelakkan dari si ibu makan secara berlebihan


Sebaiknya bengkung di pakai sepanjang masa dan hanya di tanggalkan ketika ingin mandi.

Cara memakai bengkung

Bagi yang bersalin secara normal, pemakaian bengkung bermula dari bawah iaitu di atas lutut (bawah punggung) sehingga ke bawah bahagian payudara.

Gambar ihsan google



Bagi yang bersalin secara pembedahan pula, pemakaian bengkung tidak perlu terlalu ketat. Ibu-ibu boleh membeli bengkung khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan.

Ibu-ibu seharusnya menekankan amalan lain juga ketika berpantang seperti:-

- Berurut
- Bertungku
- Bertangas
- Memakan jamu ( tidak kira tradisional atau moden)

Bagi ibu-ibu yang di dalam tempoh kehamilan, anda boleh membuat persediaan dari awal. Anda boleh membeli set untuk kegunaan anda semasa berpantang nanti.


Pendek kata, berbengkung ini bukanlah hendak membebankan ibu-ibu tetapi ia adalah untuk kebaikan ibu-ibu bagi tempoh jangka masa panjang.

Bagi yang tercari-cari set jimat, boleh mencuba set shaklee. Ia bukan sahaja boleh di amalkan ketika hamil malah sepanjang tempoh berpantang dan habis berpantang pun masih boleh di makan..


Suka tawar menawar harga? Jom cari akak ye... Kita boleh rundingkan harganya...





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 5 October 2015

Cepat Penat Ketika Hamil? Apa Nak Buat?




Cepat Penat Ketika Hamil? Apa Nak Buat?


Penatnya!! Dah lah bekerja seharian di pejabat, pulang ke rumah nak buat kerja-kerja di rumah lagi. Dengan perut yang makin memboyot ni lagi lah bertambah letih kan?

Saya percaya ramai ibu alami masalah seperti ini. Terutamanya mereka yang bekerja. Kadang-kala situasi sebegini memberi tekanan kepada ibu hamil. Akhirnya, ia memberi kesan kepada si ibu dan bayi yang di kandung.

Kenapa cepat penat?

Antara puncanya ialah:-

1. Tidak bersarapan
2. Tidak cukup tidur
3. Kurang darah (anemia)
4. Tekanan emosi
5. Dehidrasi (tidak minum air putih dengan cukup)
6. Mengambil kafien terlalu banyak

Bagaimana cara mengatasinya?

Untuk mengatasi masalah ini, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di samping itu pemakanan harian juga perlu dititikberatkan. Amalkan pemakanan yang seimbang dari semua aspek zat dan khasiat yang di perlukan.

Tetapi keadaan ini menjadi sukar apabila si ibu bekerja. Adakalanya perasaan letih lebih menguasi diri. Lantas, kita hanya mengambil makanan ala kadar dan tidak menepati jadual pemakanan yang seimbang.

Selain itu, kita boleh mengambil makanan tambahan atau supplemen yang tepat dan bersesuaian dengan wanita hamil. Produk Shaklee sememangnya terbukti berkesan untuk membantu ibu-ibu hamil yang sentiasa sibuk supaya lebih cergas dan bertenaga sepanjang hari.


Yang istimewanya bulan ini shaklee menawarkan Omega Guard pada harga promosi. Selain itu, Vitalea juga boleh ibu-ibu dapatkan secara PERCUMA!!

Harga boleh dirunding bagi yang benar-benar berminat. Segala butiran lanjut, boleh hubungi saya di nombor telefon saya di bawah ini.



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 3 October 2015

Jahitan Bersalin Terbuka Semula! Apa Solusi Anda?



Jahitan Bersalin Terbuka Semula! Apa Solusi Anda?


Assalamualaikum... hai semua...

Sejak akhir-akhir ini, banyak pula saya baca luahan dan pertanyaan dari ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata. Pertanyaan mengenai jahitan mereka yang koyak semula! Aduh, sakit, ngilu dan ngeri pun ada! Seriau saya mendengarnya.

Sepanjang pengalaman saya sendiri yang tiga kali melalui proses melahirkan anak, alhamdulillah tiada masalah jahitan koyak semula. Saya berpantang dengan sebaiknya demi untuk keselamatan dan kesihatan diri saya sendiri.

Adakalanya kes-kes jahitan terbuka semula ini bukanlah di sebabkan jahitan nurse atau doktor tidak kemas atau kuat tetapi ia adalah kerana kurangnya penjagaan diri di kalangan ibu-ibu sendiri.




Jika kita ingat laki kata-kata nasihat dari orang-orang lama yang menyuruh kita berpantang selepas melahirkan. Semua itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Proses kelahiran anak ini tidak sama sakitnya seperti sakit-sakit yang lain. Ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya benar-benar sembuh seperti sediakala.

Apakah cadangan untuk masalah ini?

Antara tips yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu yang ingin luka jahitan bersalin sembuh seperti sediakala ialah:-

1. Duduk di dalam besen yang berisi air garam suam. Lakukan sekerap mungkin. Ini bagi mereka yang bersalin secara normal.

2. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan pulak, lap kain pada kawasan luka setiap kali selepas mandi. Jangan sekali-kali menggunakan tisu. Jika berpeluh, pastikan kawasan luka tidak lembap

3. Elakkan menyapu ubatan tradisional dalam tempoh 1-10 hari selepas bersalin

4. Minum air secukupnya. Jangan dengar mitos dulu kala yang mengatakan ibu bersalin tidak boleh minum air yang banyak. Anda memerlukan air yang cukup untuk mengelakkan sembelit.

5. Anda boleh mengamakan zinc complex shaklee untuk membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat.

Sebotol hanya RM33 sahaja. Untuk kegunaan selama 4 bulan

Testimoni pengguna zinc complex shaklee








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 2 October 2015

Senaman Ringkas Untuk Ibu Hamil.. Jangan Takut Nak Cuba!




Assalamualaikum semua..

Dah bersenam hari ini? 
Senaman sebenarnya sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Senaman merupakan pergerakan badan yang di lakukan secara berulang-ulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.

Banyak kelebihan bersenam ini. Antaranya ialah:-

1. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan
2. Mencapai berat badan unggul
3. Meningkatkan kelembutan sendi
4. Meningkatkan kecergasan fizikal
5. Mengawal tekanan darah
6. Menggalakkan berhenti merokok
7. Mengawal keseimbangan makanan
8. Mencapai paras kolesterol normal
9. Mengurangkan tekanan

Bolehkan ibu hamil bersenam?

Ya, sudah tentu boleh. malah ia sangat membantu ibu-ibu agar lebih sihat dan bertenaga. Namun begitu, bukanlah senaman yang berat. Ia sekadar senaman ringan sahaja.


Ibu-ibu hamil boleh membuat senaman seperti berjalan selama 20 minit sehari, hanya 3 kali sahaja seminggu. Selain itu, boleh juga lakukan aktiviti berbasikal dengan keluarga atau pun aerobik impak rendah.

Yoga dan aktiviti berenang juga amat di galakkan. Yoga boleh membantu ibu-ibu untuk mengawal pernafasan. Ia bersifat relaxing dan boleh memberi ketenangan kepada ibu-ibu.

Bersenam bukan hanya khusu kepada mereka yang tidak hamil sahaja. Bagi mereka yang pentingkan gaya hidup sihat, ia boleh di lakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Jangan takut untuk bersenam ya!


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]