.

Saturday 23 August 2014

PMS Mengganggu?




 PMS menganggu?


Assalamualaikum viewers dan shaklee's sekalian..



PMS atau PreMensrual Syndrome bukan sesuatu yang seronok atau perkara yang menggembirakan..Ini kerana setiap bulan pasti ada satu-satu waktu yang membuatkan wanita cepat letih, nampak lesu, pening kepala yang melampau atau menjadi cepat marah dan terlalu sensitif. Itulah waktunya wanita mengalami Premenstrual Syndrome (PMS). Walaupun tidak tahan dengan keadaan ini, selagi kitaran haid masih berjalan, PMS harus anda tempuh. Tetapi ada cara untuk mengurangkan PMS yang melanda.
1. Kurangkan Pengambilan Kafein
Sememangnya sukar untuk anda meninggalkan kopi pada waktu pagi tetapi sekiranya anda tidak tahan dengan keadaan yang anda alami ketika PMS, kurangkanlah pengambilan kopi, teh atau air yang berkarbonat. Pilihlah minuman yang tidak mengandungi kafein supaya gejala PMS bulanan dapat dikurangkan.
2. Teh Chamomile
Selain daripada teh hijau, teh chamomile juga banyak kebaikannya. Ia mempunyai khasiat yang boleh melegakan kekejangan otot sekali gus dapat mengurangkan senggugut. Pada masa yang sama, chamomile dapat mengurangkan tekanan dan ini membantu perubahan mood anda ketika PMS. Ambillah teh chamomile sekiranya tarikh datang bulan sudah menghampiri.
3. Good-mood Advice
Ikut sahaja nasihat yang diberi oleh pakar untuk mendapatkan mood yang baik seperti bersenam dan makan dengan betul dengan mendapatkan protein dan karbohidrat yang cukup penting untuk mengatasi masalah perubahan moodketika PMS. Apa yang anda makan memang akan mempengaruhi mood anda. Elakkan makanan yang masin dan kurangkan garam di dalam lauk yang dimasak kerana ini akan menyebabkan perut kembung dan water retention ketika PMS.
4. Tidur Dengan Sempurna
Pertukaran hormon membuatkan wanita sukar untuk tidur dan ini akan menjadikan mood mereka semakin teruk. Untuk itu sangat penting untuk wanita mendapatkan tidur selama 7 sehingga 9 jam setiap malam untuk mengimbangi moodmereka. Sekiranya gagal untuk tidur selama 7 jam, ambil sedikit masa untuk lelap sebentar di waktu siang walaupun hanya selama 10 minit.
5. Makanan Tambahan
Sekiranya sukar untuk anda mempraktikkan cadangan di atas, apa kata cuba berbincang dengan ahli farmasi untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk anda supaya gejala PMS ini dapat dikurangkan. Banyak vitamin khas untuk wanita terjual bertujuan untuk membantu mereka mengatasi gejala PMS yang melampau.
Menurut kajian sebelum haid bermula,paras kalsium akan menurun akan menyebabkan gangguan emosi . Dengan pengambilan suppelement untuk kalsium sedikit sebanyak dapat membekalkan kalsium yang diperlukan dan dapa mengawal turun naik perasaan(mood swing)
1. B-complex - Mengandungi vitamin B5,B6,B12 yang berkesan membanu masalah senggugut dan pms
2. Ostematrix - Mengandungi bahan semula jadi yang bersamaan 80biji badam bagi setiap pengambilan 1 tablet.
3. GLA Complex - Mengandungi minyak bunga borage yang hanya ditanam disesetengah tempa sahaja mampu membekalkan GLA (GAMMA LINOLENIC ACID) dalam tubuh badan dan sangat sesuai bagi mereka yang mengalami PMS dan SENGUGUT yang teruk.
]


Credit to :-Miess Eza



















**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**
 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment