.

Saturday 23 August 2014

Perjalanan Terakhir 20 Jenazah Nahas



Sebak, pilu dan tangisan seolah-olah sinonim dengan perkhabaran yang meruntun jiwa. Hari ini, 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai hari yang mendukacitakan Malaysia umumnya kerana 20 jenazah terawal telah pun selamat tiba ke tanah air sekitar jam 9.57 pagi tadi.

Di perkarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA telah tersedia dengan persiapan menyambut jenazah dan upacara dijalankan dengan penuh istiadat. Dan dijadualkan sebaik sahaja pintu van jenazah terakhir di tutup maka bermulalah tafakur selama 1 minit untuk menghormati jenazah dan mendiang yang telah menjadi mangsa nahas MH17.





20 jenazah dan mendiang telah diterbangkan dengan pesawat khas milik penerbangan Malaysia, MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol kira-kira jam 8 malam (waktu Malaysia) untuk disemadikan di tanah air. Diberitakan 17 daripada 20 jenazah dan mendiang ini diletakkan di dalam keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang sementara 3 yang lain diletakkan dalam bekas abu yang turut dibalut dengan bendara kebangsaan Malaysia setelah menjalani istiadat mengikut ajaran masing-masing di sana.


Senarai penuh 20 jenazah yang telah tiba adalah seperti berikut:


1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam


Istiadat berkenaan telah dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung berserta raja permaisuri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri beserta barisan menteri-menteri kabinet Malaysia.

Urusan pengebumian semua jenazah telah dirancang dengan begitu baik oleh beberapa kementerian yang terlibat dan perjalanan jenazah untuk tujuan pengebumian setelah istiadat selesai adalah seperti berikut:



1. Mastura binti Mustafa:
Laluan: KLIA-LRUS-Tol Senawang-Jln Seremban-Kuala Pilah-Masjid Taqwa, Paroi-Tanah Perkuburan Paroi.

2. Ahmad Hakimi Hanapi:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-Lebuh Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin-Lebuh Precint 20

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin:
Laluan: KLIA- L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Wangsa Maju (Rumah Jenazah)-Tanah Perkuburan Gombak

4. Nur Shazana Mohamed Salleh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-L/raya Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Lebuh Precint 20

5. Dora Shahila Kassim:
(akan diberitahu kemudian oleh PDRM)-Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara

6. Foo Ming Lee:
Laluan: KLIA- L/rata Elite-L/raya Max- Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

7. Karamjit Singh Karnail Singh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya KESAS-Susur Seksyen 20-Nirvana Shah Alam

8. Ng Qing Zheng:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

9. Mabel Anthony Samy:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

10. Paul Rajasingam Sivagnanam:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

11. Elisabeth Ng Lye Ti:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Bulatan Kuari-Xiao En Bereavement

12. Lee Hui Pin:
Laluan:KLIA- L/raya Elite- L/raya Kesas-Susur USJ-Rumah Mangsa

13. Angeline Premila Rajandaran:
Laluan:KLIA- L/raya Elite-L/raya Kesas-Susur Banting/Klang-Jln Ampuan Rahimah -Rumah mangsa

14. Ariza Binti Ghazalee:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

15. Muhammad Afif Bin Tambi:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

16. Rahimmah Noor:
Laluan: KLIA-LTAS Ipoh (Charlie C130) LTAS-Jalan Persiaran Azlan Shah-Jalan Azlan Shah-Jejantas Jalan Gopeng-Jejantas Pantai Puteri-Jalan Tambun-Jalan Tambun Ampang-Tanah Perkuburan Kg Masjid Lama Tambun, Ipoh.

17. Chong Yee Pheng:
KLIA-LTAS Ipoh -Jalan Persiaran Azlan Shah-Rumah

18. Azrina Binti Yakob:
Laluan: KLIA -LTAS Ipoh (c)-LTAS-LP Tekah, Taiping, Jalan Tekah-Masjid Al Hidayah Assam Kumbang-Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

19. Mohd Ali Md Salim:
Laluan: KLIA-IKBN Pagoh (LP-Helikopter)-IKBN-Jalan Pagoh-Pekan Pagoh-Jalan Sengkang-Jalan Kg Raja (Tanah Perkuburan)

20. Hasni Hardi Bin Parlan:
Laluan: KLIA-LP Padangan B Sek.Tinggi Segamat (Helikopter)-Masjid Jamek Segamat-KM185-198 Jalan Johor Bahru-Seremban-Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kg paya Luas, 85100 Batu Anam, Segamat Johor.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Update terkini:



  • Jenazah pramugari MH17, Allahyarhamah Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Persint 20 di sini, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.Majlis akan diikuti dengan bacaan talkin selepas solat Jumaat. Sementara itu, jenazah pembantu juruterbang MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, akan dikebumikan selepas solat Jumaat.Solat jenazah keduanya di imamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Dr Zulkifli Muhammad AlBakri.

  • Jenazah penumpang pesawat MH17, Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Noor tiba di kediaman keluarganya di Kampung Melayu Rezab Tambun jam 12.55 tengah hari tadi.Ketibaan jenazah yang tiba bersama suami dan dua anaknya disambut ahli keluarga dan sanak saudara.Turut menyambut ketibaan jenazah, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Tambun selepas disembahyangkan.

  • Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah pramugari MH17, Azrina Yakob, mendarat di Lapangan Terbang Tekah di sini pada jam 12.35 tengah hari, hari ini.Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, berkenan hadir menyambut ketibaan jenazah yang diberi penghormatan tentera oleh 16 pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu.Keranda yang dibaluti bendera Malaysia itu kemudian dibawa turun dan diusung oleh16 anggota tentera Batalion ke-9 RAMD itu ke van jenazah.Van jenazah kemudian bergerak ke Masjid Al-Hidayah yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan pendaratan helikopter terbabit.Terdahulu, Raja Jaafar tiba pada jam 12.20 tengah hari dan bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang menunggu di lapangan terbang itu bagi menyambut ketibaan jenazah Allahyarhamah. Turut kelihatan ahli EXCO kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting dekat sini, Datuk Mohd Zahir Khalid serta EXCO, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.Orang ramai yang datang sejak jam 11 pagi turut dibenarkan masuk ke dalam kawasan lapangan terbang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan raya berhampiran berikutan ramai daripada mereka menunggu dan memenuhi sepanjang jalan berkenaan untuk melihat ketibaan jenazah.Jenazah kemudian dibawa menaiki van ke Masjid Al-Hidayah yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan pendaratan helikopter terbabit

  • Suasana hiba menyelubungi saat apabila van yang membawa jenazah Allahyarham Mohd Ali Md Salim, 30, yang terkorban dalam nahas MH17 tiba di perkarangan rumah ibu bapanya di Kampung Jayor di sini, sebentar tadi.Beberapa ahli keluarga dan saudara terdekat Allahyarham dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas jenazah Allahyarham dibawa masuk ke dalam rumahnya.Ahli keluarga Allahyarham Mohd Ali juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan mereka apabila turut bertindak memeluk keranda Allahyarham.Sebaik selesai solat jenazah, orang ramai kemudian memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, sebelum satu sesi khas yang dikhususkan kepada ahli keluarga terdekat.Difahamkan, sesi khas itu bagi memberi ruang kepada keluarga terdekat Allahyarham dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama walaupun keranda jenazah Allahyarham tidak dapat dibuka.
Al fatihah
Credit to:- Nurhalawa











0 comments:

Post a Comment