.

Monday 25 August 2014

Masalah Kesuburan Wanita Dan Cara Atasi



Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Kejadian sistem tubuh wanita dan lelaki memang sangat kompleks. Allah Maha hebat, mencipta sesuatu yang sangat hebat dan tidak terjangkau dek pemikiran kita. Namun, bukan bermakna Allah jadikan semuanya sempurna. Ada sebahagiannya Allah berikan sedikit ujian supaya manusia berfikir dan sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNYa.
Begitulah halnya dengan masalah kesuburan. Ada wanita diuji dengan kelewatan disahkan hamil. Setelah menunggu beberapa lama, kemudian disahkan mengalami masalah kesuburan. Tetapi, ilmu Allah juga luas. Ujian yang Allah timpakan, pasti jalan penyelesaian juga ALlah sediakan. Cuma kita yang menentukan mahu mencuba, berikhtiar atau terus membiarkan masalah berlarutan.
Antara masalah kesuburan yang sering dikaitkan dengan wanita ialah:

Masalah ovulasi

Ovulasi berada dalam peringkat paling penting dalam menentukan kehamilan wanita. Bagi wanita yang normal, ketika fasa ovulasi, telur atau ovum telah mencapai tahap kematangan dan keluar dari sarang dan bersedia untuk disenyawakan bersama sperma. Namun, bagi wanita yang ada masalah peneluran, anda akan mengalami gangguan hormon yang mengakibatkan anda tidak mempunyai telur atau pun telur tidak mencapai tahap kematangan yang diperlukan. Biasanya ia dikaitkan dengan masalah PCOS yang merupakan punca utama lewat hamil.
Jika anda ragu-ragu atau takut berjumpa doktor, anda boleh kenalpasti simptom ini sekiranya haid anda tidak stabil. Berbulan-bulan lamanya, baru haid. 
Cadangan Supplement: GLA Complex yang berfungsi untuk stabilkan kembali hormon dan matangkan telur. Tambahan Ostematrix sangat membantu mematangkan folikel telur wanita.

Masalah tiub fallopio tersumbat

Kerap terjadi kerana dua faktor utama iaitu jangkitan kuman dan endometriosis. Jangkitan kuman pada tiub fallopio biasa terjadi kepada wanita berbadan besar, pemakaian IUD, keguguran yang kerap, diabetis atau sering sakit kerana daya imunisasi yang rendah.
Penyakit endometriosis yang dihidapi oleh wanita juga punca tiub fallopio tersumbat kerana darah haid yang masuk semula ke dalam rahim. Darah haid yang mengandungi tisu endo, toksik dan kuman boleh mengakibatkan keradangan sehingga menyebabkan tiub tersumbat.
Cadangan Supplemet: GLA Complex dan Omega Guard

Keputihan Yang Teruk

Ramai wanita memandang remah keputihan yang dialami. Keputihan sebenarnya ada yang bahaya dan tidak bahaya. Jika sesekali ia hadir dalam jumlah yang sedikit akibat keletihan, ia adalah keputihan yang normal.
Tetapi jika keputihan yang hadir disusuli dengan kegatalan, keradangan, bau yang busuk serta banyak, anda mungkin perlu berbuat sesuatu. Keputihan yang tidak normal boleh menyebabkan anda sukar untuk hamil kerana kulat dan bakteria yang ada di sekitar vagina.
Ada juga kes pembedahan diperlukan untuk menyelesaikan masalah tiub tersumbat.
Cadangan Supplement: Alfalfa Complex

Fibroid

Kajian menunjukkan 25% wanita mengalami masalah fibroid. Punca sebenar masalah ini belum dapat dikenalpasti naum ianya berkait rapat dengan kehadiran hormon estrogen. Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim dan ianya boleh membesar sehingga menghimpit pundi kencing,  senggugut yang teruk, pengeluaran darah haid yang banyak dan ada masanya berasa sakit ketika bersama pasangan.
Anda boleh baca  10 Fakta Tentang Fibroid
Cadangan Supplement: GLA Complex, Vitamin C dan Vitamin E
OK..cukup 4 dulu masalah kesuburan yang saya kongsikan hari ini. In shaa Allah ada sambungannya nanti dan saya akan kongsikan juga masalah kesuburan kaum lelaki dan cara atasinya.
Jika anda mempunyai gejala-gejala di atas dan ingin mencuba supplement Shaklee yang saya cadangkan, anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana cara di bawah.
Sebelum saya lupa, mungkin anda berminat untuk mengetahui Fungsi EPO dalam Kestabilan Hormon Wanita
Bagi suami yang mempunyai masalah sperma yang sedikit atau low count sperm, anda boleh serap info di Kepentingan Zinc Kepada Fungsi Seksual Lelaki
 

Credit to :-Maria Awi




 **This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment